Posts

Showing posts from April, 2017
1.0 PENDAHULUAN Persoalan nusyuz isteri merupakan suatu isu kritikal dalam kehidupan berumah tangga. Daripada aspek perundangan, isu pensabitan nusyuz isteri dilihat memerlukan penyelesaian apabila beberapa permasalahan didapati mengganggu kelancaran pengendalian kes-kes berkaitan dengannya. Permasalahan tersebut ialah kekaburan peruntukan berkaitan pensabitan nusyuz isteri dalam enakmen, prosedur tuntutan sabitan nusyuz isteri yang kurang jelas dan beban pembuktian nusyuz isteri yang berat sehingga membawa kepada penghakiman yang tidak konsisten. Justeru, ia bertujuan untuk menganalisa peruntukan dan tatacara pensabitan nusyuz dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak.  Seterusnya, turut menganalisa sama ada penghakiman kes-kes nusyuz isteri di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Perak dibuat secara konsisten serta selaras dengan fiqh Islam. Selain itu, mendapati bahawa peruntukan berkaitan nusyuz isteri ada dinyatakan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Perak, tetapi bukan khusus ten